Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 174:
Ayat ini diturunkan apabila ahli kitab telah menyembunyikan kebenaran yang tersebut dalam kitab mereka kerana mengejar kebendaan dunia dan mereka mempertukarkan kebenaran dengan harga yang sedikit dan mendapat habuan makanan yang tidak seberapa. Maka sesungguhnya apa yang mereka makan dan masuk kedalam perut itu tak lain hanyalah api neraka.
.
Ayat ini menjelaskan dua perkara kepada kita supaya memakan makanan yang jenis halalan-toyibah (2.2.173) yang merangkumi makanan halal dan bersih, dan tidak memakan makanan dari hasil menjual ayat Allah dengan harga yang sedikit dan tidak menerima habuan dari wang haram. Mereka yang engkar akan disediakan azab yang pedih diakhirat kelak.
.
[Previous] [Next]
Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 171~180,
[GS] https://t.co/LuaXiMCA2J
Ulasan Surah 2;
[GS] https://t.co/0EUkXravGr
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/116263550091306344241/posts/EtJ6xUuebKn